Monday, May 11, 2009

Langkah permulaan....

Maaf...dah lama tak update, bzz sikit dengan urusan2 rasmi n tak rasmi..hehe..jadi...sebagai permulaan projek:

Pagar dulu kawasan.....


Gantikan pagar lama dengan yang baru...huihh berpeluh dan berbulan jugak menyiapkan pagar dengan keluasan 1 ekar nie...maklum laa buat sendiri..sekali sekala jeee minta bantuan..(tak boleh buat sendiri)
Kandang dan kambing asal milik keluarga...hai, sekor jeer ker..??? Jawab kambin...tunggu laaa dua tiga bulan lagi...ramai laa kawan aku..hehehe

Sejarah....mula menceburi penternakan kambing

Sambung semula.....

Begini ceritanya...mulanya berminat ceburi ternakan cacing....so, banyak laaa blog tentang cacing nie yang diterokai dan terjumpa laaa dengan kursus ternakan cacing...terus daftar. Pada 13 disember 2008, sertai kursus cacing di Banting, Selangor.

Bila selesai kursus, berkobar-kobar laaa hasrat hati nak laksanakan projek nie...Fikir punya fikir tentang tempat....maka setuju nak buat kat Kuantan...terutama untuk penyediaan medium. Minggu berikutnya...balik Kuantan dan buat pesanan pembelian batu-bata dan peralatan untuk buat kolam/takungan bagi penyediaan medium...Barang yang dipesan dah sampai...sambil tuuu sembang dengan ayah tentang ternakan cacing ini....

Maklum balas dari ayah.."Ayah tak nampak nak ternak cacing nie...tapi kalau kambing, ayah berminat laaaa." Terkedu gak dengar....Walau bagaimanapun, feedback ayah menyebabkan kami berfikir semula.....ternak cacing kena guna tinja kambing untuk medium....nak cari tinja...kena beli...... Kena juga buat rumah ternakan...tak kan nak ternak dalam rumah kot....dan banyak lagi.... so, alang-alang nak buat rumah ternakan and nak kena beli tinja....apa kata ditukar kepada bina kandang and bela kambing.....itu lah permulaanya.......

Sunday, May 10, 2009

Jutaan Terima Kasih

Ucapan jutaaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan-rakan yang banyak membimbing kami sama ada secara langsung atau tidak langsung ke arah menceburi bidang penternakan kambing ini.

Salam Sejahtera Pembuka Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat bertemu dan terima kasih atas kesudian melayari blog ini. Maaf jika terdapat banyak kekurangan, maklum laaaa...baru belajar bina blog....