Monday, May 11, 2009

Sejarah....mula menceburi penternakan kambing

Sambung semula.....

Begini ceritanya...mulanya berminat ceburi ternakan cacing....so, banyak laaa blog tentang cacing nie yang diterokai dan terjumpa laaa dengan kursus ternakan cacing...terus daftar. Pada 13 disember 2008, sertai kursus cacing di Banting, Selangor.

Bila selesai kursus, berkobar-kobar laaa hasrat hati nak laksanakan projek nie...Fikir punya fikir tentang tempat....maka setuju nak buat kat Kuantan...terutama untuk penyediaan medium. Minggu berikutnya...balik Kuantan dan buat pesanan pembelian batu-bata dan peralatan untuk buat kolam/takungan bagi penyediaan medium...Barang yang dipesan dah sampai...sambil tuuu sembang dengan ayah tentang ternakan cacing ini....

Maklum balas dari ayah.."Ayah tak nampak nak ternak cacing nie...tapi kalau kambing, ayah berminat laaaa." Terkedu gak dengar....Walau bagaimanapun, feedback ayah menyebabkan kami berfikir semula.....ternak cacing kena guna tinja kambing untuk medium....nak cari tinja...kena beli...... Kena juga buat rumah ternakan...tak kan nak ternak dalam rumah kot....dan banyak lagi.... so, alang-alang nak buat rumah ternakan and nak kena beli tinja....apa kata ditukar kepada bina kandang and bela kambing.....itu lah permulaanya.......

No comments:

Post a Comment