Wednesday, July 8, 2009

Lawatan Cik Mimiey n Bos SAS Advisory Services

Salam semua....kali nie permatangAF nak citer tentang lawatan cik mimiey dan bos beliau ke Permatang Agro farm bertujuan meninjau status projek bagi keperluan perkhidmatan penyediaan kertas kerja .....tqq cik mimiey dan juga bos SAS kerna sanggup luang masa untuk siapkan kertas kerja tu.....
Jadi....kita layannnnnnnnn.....

Jauhnya perjalanan aku arini.Arini aku pergi ke sebuah ladang ternakan kambing di Kuantan kepunyaan En Sufian dan (sikit pembetulan Cik Mimiey...Pn Hasrishah).Mereka ni merupakan salah seorang ' customer ' aku yang mendapatkan perkhidmatan kertas kerja perniagaan. Tujuan aku ke sana adalah untuk melihat tapak projek serta mendapatkan maklumat yang penting untuk dimasukkan dalam kertas kerja.Alhamdulillah..segala urusan dapat diselesaikan dengan mudah.Terima kasih aku ucapkan pada En Sufian kerana sudi memberi kerjasama yang baik.
keluasan tanah yang digunakan untuk menternak kambing ni sebanyak 2 ekar.Beliau mahu mendapatkan modal tambahan bagi menyempurnakan projek serta memantapkan lagi penternakan beliau.Tujuan beliau memohon pinjaman ini adalah untuk mendirikan stor, rumah pekerja,membeli kambing ,mesin dan sebagainya.
inilah hasil kandang yang dibuat sendiri oleh En Sufian.Beliau banyak mendapatkan khidmat nasihat dari penternak sedia ada dan rakan-rakan.Untuk permulaan ini , beliau hanya mendirikan sebuah kandang yang bersaiz 15 x 20.Beliau juga mempunyai cadangan untuk mendirikan sebuah lagi kandang yang bersaiz 20 x 50 pada masa akan datang.
pemandangan di sekitar ladang Permatang Agro Farm , Kuantan Pahang
Ternakan yang diusahakan oleh keluarga En Sufian sejak dulu lagi.
pemandangan dari sisi

No comments:

Post a Comment