Thursday, September 17, 2009

TERMA ANTARA BOER FULLBLOOD DAN BOER KACUKAN

Selamat bertemu kembali......emmm dah lama tak update.....tak ada perkembangan terkini yang kaw2......cuma biasa2 jerrr....
Tapi...perkembangan terkini yang permatang nak kasi tau....ferall bakal mengisi kekosongan kandang permatang dalam masa terdekat.....ishishish...tak sabar rasanyer...
Alhamdulillah..dalam masa dok sibok2 persediaan nak terima kehadiran ferall....sekor dah ditempah untuk sembelihan pada raya ketiga...Syukurr...itu petanda baik tuuu...Harap doa2 kan agar berjaya yeaa.....

Ok...oleh kerana bersemangat sikit nak up date...ini ada sikit info yang diambil dari dusun agro n fitrah waja(masa HPPNK 2009 di MITC, Melaka)....harap halalkan lah yeaaa info ini....bagi penternak yang dah lama dan berjaya...tentu maklumat nie dah kira basi laaa...tapi bagi permatang n rakan2 ternak yang baru...harap info nie dapat menambahkan pengetahuan perihal kambing yang kita semua ceburi.....inilah infonyaaa.....

Terma antara boer fullblood n boer kacukan:

Fullblood
merujuk kepada haiwan yang 100% baka tulen tanpa ada kacukan dengan baka lain. Ini boleh dibuktikan dengan sijil kelahiran/pedigree daripada badan2/institusi yang diiktiraf. ciri2 fizikal juga dapat digunakan untuk memastikan sama ada kambing yang dipilih adalah benar2 mempunyai pendarahan fullblood.

Pure-Bread(F5/F6)
merujuk kepada haiwan yang mempunyai 85% darah dari baka tulen. Masih mengekalkan kebanyakan ciri-ciri fizikal dari baka tulen. Amat sukar untuk membezakan antara baka 'fullblood' dan 'pure-bred' tetapi ciri-ciri seperti warna bulu, lengkungan tanduk dan telinga boleh digunakan untuk membezakannya

Kacukan(F1-F4)
merujuk kepada kedua-dua ciri dari induk jantan dan betina berlainan baka dapat dilihat pada hasil anak yang dilahirkan. Maklumat lanjut tentang pendarahan boer adalah seperti berikut:

F1 mengandungi 50% pendarahan boer
F2 mengandungi 75% pendarahan boer
F3 mengandungi 87.5% pendarahan boer
F4 mengandungi 93.75% pendarahan boer
F5 mengandungi 96.87% pendarahan boer

Demikian sedikit info yang boleh dikongsi.....
Hehehe..masa info nie ditaip...tiga hari lagi nak raya....Tup tup...dapat berita dari Azam Best Farm...kambing tak dapat diantar terus coz kos pengangkutan melambung tinggi....maklum laaaa malam raya baru landed kat KLIA....hehe...lori mana yang nak antar...cuti raya laaaa.....haiiii saborrrr jer laaaa.....

Ohhh....janji nak bekal kambing untuk kenduri anak beranak permatang...disponser oleh abang ipar permatang(abang ngah)...cam ner nak buat yerrr.....
Ok no problem...kan dah kenal rakan ternak area kuantan...Zaman Agro Farm...helloooo jer laaaa....syukur...ada lagi stok....

No comments:

Post a Comment